

Warna Biru dan Putih
Empat belang warna biru dan putih mewakili warga SAKTI yang mendukung empat falsafah pendidikan kebangsaan iaitu sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam menyampaikan amanah ilmu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Warna biru melambangkan semangat bekerjasama dan bersatu padu yang diamalkan oleh warga SAKTI. Warna putih pula lambang kesucian dan keikhlasan warga SAKTI berusaha kerana agama, bangsa dan negara
Warna Kuning
Warna kuning yang menjadi latar logo sekolah melambangkan semangat patriotisme dan kesetiaan kepada raja, perlembagaan dan negara Malaysia.