
IKRAR SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI
Bahawasanya, kami pelajar Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, akan menumpukan segala usaha dan tenaga kami berasaskan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk memperkembangkan potensi individu kami secara menyeluruh dan bersepadu dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani. Agar menjadi warganegara Malaysia yang baik, berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Kami juga berikrar, untuk menumpukan taat setia kami kepada kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, undang-undang serta peraturan sekolah kami.