

1. HURUF ‘SMS’
Digubah dalam bentuk kelalang, merupakan identiti SAKTI. Warna merah yang digunakan menunjukkan bahawa warga SAKTI terdiri daripada warga sekolah yang berani, proaktif, berketerampilan dan cemerlang dari segi sahsiah dan akademik berteraskan sains dan teknologi.
2. GABUNGAN BUKU, RODA TEKNOLOGI, GLOB DAN MATA PENA
Melambangkan terdapatnya kesepaduan unsur-unsur penting dalam usaha mencapai kecemerlangan hidup warga SAKTI.
Unsur-unsur tersebut ialah:-
2.1 Buku Berwarna Hijau dan Putih
Menjadi dasar utama lencana yang menunjukkan bahawa proses menuntut ilmu sentiasa subur dan berkembang sejajar dengan kemurnian dan kemuliaan ilmu dalam kehidupan seseorang.
2.2 Roda Teknologi Berwarna Biru
Mewakili warga pendidik SAKTI yang sentiasa berusaha dengan penuh didikasi dalam menyampaikan amanah ilmu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta perihatin terhadap rekayasa demi kecemerlangan pelajar sesuai dengan konsep guru umpama penyuluh yang memberi cahaya.
2.3 Glob Berwarna Biru
SAKTI menjadi wadah kepada sistem pendidikan bertaraf dunia dan ilmu yang diperolehi oleh setiap warga SAKTI dikembangbiakkan bagi faedah dan kepentingan manusia sejagat.
2.4 Mata Pena
Penyalur maklumat yang terpenting dalam proses mencari dan memberi ilmu pengetahuan.