
PIAGAM
SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI
Bahawasanya kami
Warga Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
Dengan penuh tekad dan iltizam
Berikrar dan berjanji
Akan menumpukan seluruh tenaga
Dan usaha kami
Bagi
Mengiktiraf hak-hak pelanggan:
Mendapat khidmat pendidikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap, dinamik dan berkesan untuk peningkatan yang berterusan.
Memberi maklum balas dan penilaian serta mendapat respon positif.
Melalui
Kecemerlangan ilmu
Memastikan sikap positif terhadap ilmu dan pengamalannya sepanjang hayat.
Menjamin kecemerlangan akademik.
Memastikan kesinambungan ilmu dan keintelektualan melalui pembinaan minda.
Menyediakan sumber manusia yang berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.
Menjamin pembangunan insan yang seimbang melalui penitisan ilmu bersepadu.
Membolehkan bakat-bakat mendapat nilai komersil.
Meningkatkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi.
Kemapanan sahsiah
Melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa.
Melahirkan pelajar yang dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
Melahirkan pelajar yang bersyukur dan mengenang budi.
Melajirkan pelajar yang penyayang, berbudi bahasa, jujur, amanah dan berhemah tinggi.
Melahirkan pelajar yang sentiasa menjiwai kebersihan dan kekemasan.
Menyediakan landasan ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
Kesejagatan kepimpinan
Melahirkan pemimpin yang tegas, berani, bertoleransi dan bijaksana.
Melahirkan pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas.
Melahirkan pemimpin yang rasional, terbuka dan mengamalkan prinsip musyawarah.
Memupuk dan meneguhkan bakat dan daya kendiri ke taraf antarabangsa.
Kejituan patriotisme
Membina kesedaran diri sebagai warganegara.
Menanam semangat rela berkorban untuk negara.
Menyokong dan merealisasikan dasar-dasar negara.
Melahirkan semangat kekitaan, hormat dan kasih sayang tanpa batasan status.
Penyatuan matlamat, idea dan amalan ke arah pencapaian wawasan.