Hoki SAKTI
Kejohanan Hoki MSSD Pengerang Bawah 18 2010
Pada April yang lalu, SAKTI telah menghantar tiga pasukan hoki, iaitu dua buah pasukan lelaki, SAKTI A dan SAKTI B, dan satu pasukan perempuan ke Kejohanan Hoki Bawah 18 Peringkat MSSD Pengerang yang bertempat di Sekolah Sukan Bandar Penawar.Cik Erna Amalina dan Cik Laura Sim telah mengiringi pasukan-pasukan ini.
Bagi pasukan lelaki, SAKTI A telah bertemu dengan SMK Bandar Penawar.Perlawanan yang berlangsung selama 30 minit ini dikuasai oleh SAKTI A.Pasukan lawan menghadapi kesukaran untuk memberi serangan balas.SAKTI A telah memenangi perlawanan ini dengan mata 3-0.Dengan ini, SAKTI A berjaya mara ke peringkat akhir.
Bagi SAKTI B pula, mereka juga menentang SMK Bandar Penawar.Kali ini pasukan lawan banyak memberikan serangan dan beberapa kali percubaan.Hasil kecekapan penjaga gol dan pemain pertahanan, gawang SAKTI B, tidak berjaya di tembusi.Perlawanan ini dimenangi oleh SAKTI B dengan jaringan 2-0.SAKTI A dan B bertemu di final.Dalam perlawanan bagim merebut tempat pertama dan kedua, perlawana berlangsung sengit.Tetapi adat resan permainan, SAKTI B telah tewas di tangan SAKTI A dengan jaringan 2-0.
Bagi pasukan perempuan, SAKTI telah bertemu dengan SMK Seri Saujana.Pasukan perempuan ini menguasai permainan dengan baik.Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya gol telah dijaringkan pada akhir minit separuh masa pertama.Pada separuh masa kedua, dua gol lagi berjaya dijaringkan.Pada perlawanan kedua, SAKTI bertemu dengan SMK Bandar Penawar.Kesudahan jaringan adalah seri satu sama.Perlawanan yang penuh mencabar ini terpaksa ditentukan oleh pukulan penalty stroke.Tetapi berdasarkan keputusan pihak penganjur, perlawanan dijalankan semula.SAKTI telah menang dengan mata 1-0.
Beberapa orang pemain SAKTI telah terpilih bagi mewakili Daerah Pengerang menyertai Pertandingan Hoki Peringkat Negeri Johor yang bertempat di Stadium Hoki Bandaraya Johor Bahru.























