Ragbi SAKTI
Kejohanan Ragbi 15-sebelah Peringkat Daerah Pengerang Bawah 18
Pada Mac yang lalu, pasukan Ragbi SAKTI telah menghantar sepasukan pemain yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 hingga 5.Seperti tahun lalu, SAKTI mengulangi pencapaian tebaiknya apabila memenangi kesemua perlawanan.SAKTI telah memenangi pada perlawanan akhir bertemu SMK Bandar Mas.13 orang pemain SAKTI telah terpilih untuk mewakili Daerah Pengerang Ke Kejohanan Ragbi MSSJ yang berlangsung di Mersing.
Kejohanan Ragbi 15-sebelah Peringkat Negeri Johor Bawah 18
Pada April 2010, Daerah Pengerang yang kebanyakannya terdiri daripada pemain SAKTI telahmenyertai pertandingan ragbi yang diadakan di Mersing.Pada tahun ini pasukan Pengerang lebih mantap berbanding tahun lepas.Latihan pusat yang dijalankan selama seminggu meningkatkan lagi mutu permainan pasukan ini.Pasukan-pasukan handalan yang berentap seperti Daerah Johor Bahru dan Daerah Batu Pahat amat menguji emosi dan mental pasukan ini.Namun semuanya berjaya dihalangi apabila Daerah pengerang dinobatkan sebagai juara.Oleh itu, seramai 6 orang pemain dari SAKTI yang terpilih bagi menjalani pemilihan untuk mewakili Negeri Johor ke Kejohanan Ragbi Peringkat Kebangsaan di Kelantan.























