Perkhemahan PKBM (L) 2010
Perkhemahan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) Peringkat Zon Selatan 2010.
Pada Mac yang lalu, PKBM (L) telah menghantar seramai 29 anggota lelaki dan perempuan ke Markas Tentera Laut Sultan Ismail yang terletak di Teluk Ramunia, Pengerang.Pasukan ini telah diiringi oleh tiga orang guru , iaitu En.Suhaimi, En.Habib dan Cik Azimah.
Pelbagai aktiviti teh diadakan seperti menembak, mendaki bukit Pengerang, berenang, kawalan pertahanan, danaktiviti ketentereaan.Anggota-anggota juga dikehendaki untuk memasak sendiri menggunakan bekalan yang telah dibekalkan.Ini amat menguji mental dan fizikal angota-anggota demi menjamu selera.Namun begitu, penglaman yang diperolehi sangat berharga.
Lapan orang anggota telah terpilih bagi menjawat jawatan Bintara Kanan, Bintara Muda dan Laskar Kanan.Mereka juga akan mengikuti Perkemahan Persatuan Kadet Bersatu Laut Malaysia peringkat kebangsaan yang akan dijalankan di Selangor pada Julai ini.























